Monday, February 23, 2009

PILIHAN RAYA LAGI: ADUN BATANG AI MENINGGAL DUNI

ADUN Batang Ai meninggal dunia

24/02/2009 9:26am


Dublin Untini


KUCHING 24 Feb. - ADUN Batang Ai, Dublin Untini meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi akibat angin ahmar. - Utusan

Nampaknya tahun 2009 telah menempah sejarah sebagai tahun yang paling banyak Pilihan Raya..

mungkin di sana adanya hikmah daripada Allah yang maha Agung dalam merancang segala urusan..Umno telah menggunakan Istana untuk megelakkan daripada Pilihanraya, namun ketentuan Allah lah yang menentukan segala-galanya...UMNO Merancang Allah juga Merancang.Namun perancangan Allah lah sebaik2 perancangan..



Sunday, February 22, 2009

Kepala SPRM terima rasuah dari JPM ??? - malaysiakini


Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah “fitnah” atau “omongan kosong” semata-mata.

Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah” ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan.

Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai “jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu” dan seterusnya berjaya “menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM” itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG’s son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that’s not why i’m writing this post.

The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here’s a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot.gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM’S OFFICE

Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ‘ not to take disciplinarry action as required in the company policy ‘ against his son for his criminal conviction.

I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government’s declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA.

Kini baru rakyat Malaysia sedar tentang kenapakah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan begitu terhutang budi kepada Kerajaan Malaysia. Terutamanya dalam kes“rasuah dan penyelewengan” yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat mutakhir ini. Terbaru kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Spekaer DUN Perak.
Sila rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut:-
Di bawah ini dipaparkan maklumat tambahan yang menyokong kebenaran laporan tentang perkara ini. Biarpun kejadian ini sudah lama berlalu, namun ia terpaksa dibongkar demi membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Pejabat PM dalam kes ini jelas membuktikan yang wujudnya amalan “rasuah dan penyelewengan kuasa” yang nyata dalam hal ini.

file image
A Malaysian Airlines pilot arriving in Adelaide was
found to have child sex videos on his laptop computer.
Artikel dari ABC News (Australia) 8 Feb 2008
Visiting Pilot Find Over Child Porn

dari:chegu bard

SEJARAH AGUNG PAHLAWAN MELAYU MENENTANG PENJAJAH TERSIMPAN DI BUKIT GANTANG





Tiga pahlawan melayu ini merupakan pejuang kemerdekaan dan merupakan pencetus kepada kebangkitan orang Melayu untuk menentang penjajah.Namun pengorbanan dan sumbangan besar mereka masih segar sebagai pejuang besar Tanah Melayu.

ketiga -tiga pejuang ini telah di hukum gantung oleh British kerana telah membunuh GWW.Birch.
GWW.BIRCH telah di bunuh oleh Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut di Pasir Salak. kemudian mereka di jatuhi hukuman Gantung di sebatang pokok mempelam yang terletak di Matang iaitu salah satu daerah dalam parlimen Bukit Gantang..

SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.

Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris dengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasan laluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan ia satu daripada kempen alam sekitar.

Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).

Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.

Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, ia boleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaan dengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orang dewasa.
Kakitangan Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Khopapi menunjukkan pokok mempelam pauh sebesar dua pemeluk orang dewasa, benih pokok induk tempat tiga pejuang Melayu digantung mati.

Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.

Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.

Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan.



Kakitangan Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Khopapi menunjukkan pokok mempelam pauh sebesar dua pemeluk orang dewasa, benih pokok induk tempat tiga pejuang Melayu digantung mati.


Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.

perjuangan besar mereka ini kerana menentang kekejaman Pemerintah pada masa itu. orang-orang Melayu telah bersatu kerana sudah tidak tahan dengan peraturan dan cukai yang di kenakan oleh penjajah kepada orang Melayu.

Asas penentangan mereka adalah kerana undang-undang yang zalim,menekan rakyat,diskriminasi agama,serta menjajah pemikiran anak Melayu. kekejaman dan tidak adil yang di lakukan oleh pemerintahan British menyebabkan pahlawan-pahlawan Melayu bangun berjuang diatas nama membela keadilan dan menuntut kemerdekaan.

asas penentangan ini mengatasi isu kedatangan British kerana sekiranya British adil dan membela rakyat sudah tentu pahlawan Melayu tidak akan menentang British. oleh kerana pemerintahan British yang menekan rakyat maka bangun lah pejuang-pejuang Melayu seperti Dato,Maharaja Lela,Dato'Sagor dan Pandak Indut

Dengan semangat pahlawan Melayu yang tersimpan di Bukit Gantang dapat menghidupkan kembali perjuangan menentang pemerintah yang rakus dan menindas rakyat.mudah-mudahan akan menjadi pendorong kepada petugas-petugas PAS di Bukit Gantang untuk mengalahkan Umno dan memberi pengajaran kepada pemerintah yang zalim dan rakus...

Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak. Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.

Dan kepada pejuang Agama, Bangsa dan tanah air perjuangan mereka tidak berakhir dan tamat di tali gantung sahaja tetapi akan di teruskan oleh pejuang-pejuang agama dan InsaAllah akan diteruskan para pengundi Parlimen Bukit Gantang..

Friday, February 20, 2009

3 BUKTI BN UGUT DAN RASUAH ADUN PAKATAN RAKYAT

3 BUKTI BN UGUT DAN RASUAH ADUN PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.

Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.

Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.

Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.

Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.

Wednesday, February 18, 2009

20 kes rasuah Khir Toyo


1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat: Sultan Azlan Shah

tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat: Sultan Azlan Shah

Cakap saja ke atau Bikin tak serupa Cakap


Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY

THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY

THE BIGGEST ROBBERY OF
THE 20TH CENTURY


IS IT GOLD?!!!! NO


IS IT DIAMOND?!!!!!! NO



IS IT MONEY?!!! NO



IS IT OIL?!!!!!! NO



CAN YOU GUESS?????





THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY IS
PALESTIN LOSS OF LAND 1946 TO 2000

















Please forward this to everyone who don't know about this fact, Most of us don't even know the actual situation.

BUT THE WORST HAPPEN IN …MALAYSIA

GUESS…

HAPPEN IN PERAK

ISRAEL NEED 54 YEAR TO BE THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH

BUT IN PERAK

UMNO BN JUST NEED NOT MORE 24 HOUR TO BE THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH