Wednesday, February 18, 2009

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din
Azamin Amin
Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.





Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

Laporan polis, SPRM terhadap Speaker


Beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar berhubung keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam exconya daripada menghadiri sidang DUN.

Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan.

zainol fadzi paharuddinManakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak.

"Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM," katanya dihubungi hari ini.

Beliau (foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN.

Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

'Keputusan tidak wajar'


Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

"Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar. Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu," katanya.

Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak.

"Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan," katanya.

Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam.

"Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri.

"Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar," katanya.

OSMAN DAN JAMALUDDIN MELOMPAT KE MAHKAMAH IPOH

19 Februari 2009

Osman dan jamaluddin muncul di mahkamah Ipoh.

IPOH, 19 Feb. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu hadir di Mahkamah Seksyen Ipoh, jam 8.50 pagi tadi bagi membatalkan waran tangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah, Selasa.

Beliau ditemani Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti.

PERAK AKAN BERGOLAK LAGI

Tidak sampai pun sebulan dilantik menjadi MB Perak secara tidak sah dan melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6), nampaknya satu demi satu tembelang dan bukti kesalahan itu dibuktikan kepada umum.Kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikianlah tindakan Najib, Zambry dan teman-teman yang melakukan kudeta.Tindakannya sebenarnya mendedahkannya kepada banyak masalah dan isu yang perlu dihadapi secara fakta dan undang-undang yang sedia ada.Kalau dia naik takhta secara emosi dan gengsi, dia akan turun dengan malu dan tersipu-sipu. Apakan tidak semua yang dilakukan adalah salah kerana naiknya pun secara salah. Dalam banyak hal Zambry dan 6 Exco kudeta yang dihukum masih perlu berterima kasih kerana hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang dipengerusikan oleh Speaker masih agak normal dan tidak terlalu berat.Penafian sekeras-kerasnya mesti dilakukan kepada sebarang kenyataan yang tidak mahu mengiktiraf dan mempertikaikan keputusan speaker itu. Keputusan itu mestilah dihormati kerana tidak bercanggah dengan semangat undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.Semuga kejutan baru akan berlaku sekali lagi di Perak, kita tunggu dan lihat.
YB KHALIL IDHAM LIM
ADUN TT.SERONG

ZAM-ZAM ALA KA ZAM

ZAM- ZAM ALA KA ZAM..politik Perak Bergoncang balik

ZAM-ZAM ALA KA ZAM.. DARI Pulau Pangkor naik tikar terbang ke ISTANA PASIR BEDENGUNG

ZAM-ZAM ALA KA ZAM...BAWA misi nak Jadi Menteri Besar....ish-ish

ZAM ZAM ALA KA ZAM... Langgar semua undang-undang dan perlembagaan

ZAM-ZAM ALA KA ZAM... Sehingga Sultan pun kau tipu

ZAM-ZAM ALA KA ZAM...NAK JADI MB TAPI TAK ADA TENTERA...LALU DIA GUNA PULA TROMPIT SAKTI..

TROMPIT SAKTI!! .. LOMPAT KATAK!!

MAKA LOMPAT LAH 4 EKOR KATAK MENJADI TENTERA ZAM-ZAM ALA KA ZAM..BRY

DENGAN BANTUAN 4 TENTERA KATAK..ZAM-ZAM BERNIAT NAK JADI MENTERI.. MAKA JADILAH MENTERI. MENTERI KATAK DI NEGERI PASIR BEDENGUNG

ZAM-ZAM ALA KA ZAM..BRY TERLUPA SEBAB BANYAK SANGAT MAKAN TONIK SAKTI.. TERLUPA YANG KATAK MEMANG SUKA MELOMPAT KATAK...

MAKA LOMPAT PULA LAH TENTERA KATAK NYA.. ADA YANG HILANG, ADA YANG LOMPAT SAMPAI KE NEGERI CINA..ADA YANG NAK LETAK JAWATAN DARI MENJADI TENTERA KATAK, MUNGKIN NAK JADI TENTERA MANUSIA KOT.

ZAM-ZAM ALA KA ZAM.. KEPALA SUDAH PENING,,SEHINGGA CAKAP PUN DAH MERAPU...

ZAM-ZAM ALA KA ZAM... Hajat dihati belum kesampaian..

ZAM-ZAM ALA KA ZAM..TIKAR TERBANG DAH TIADA, TROMPIT DAH LARI TIUN,,TONIK DAH TARIKH LUPUT...
ZAM-ZAM ALA KA ZAM.. AKHIRNYA JADI PASIR BEDENGUNG.GUNG.GUNG